Sunday 21 July 2019

Firman Allah tentang isu perkauman

Hai dan Assalamualaikum kepada semua pembaca ☺☺☺. Pada hari ini kami akan berkongsi sedikit mengenai perkauman yang terdapat dalam firman Allah.

Perkataan kaum atau bangsa bermakna kumpulan makhluk manusia mengikut zuriat, bahasa, warna, budaya dan lain-lain. Apabila diletakkan penambahannya disebut perkauman, berbeza maknanya, kerana bermaksud kefahaman yang dianut berteraskan fanatik kepada satu bangsa atau kaum tertentu, sehingga merosakkan hubungan masyarakat majmuk berbagai bangsa dan kaum yang menjadi sebahagian daripada ciptaan Allah Tuhan Pencipta Alam Semesta.

Firman Allah menegaskan bahawa adanya bangsa, kaum, bahasa dan pelbagai budaya serta warna itu sebahagian daripada ciptaan-Nya yang menjadi tanda sifat ketuhanan-Nya:



يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (13)
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak dan kaum, supaya kamu bertaaruf (berkenal-kenalan, beramah mesra dan bertolong menolong antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan, bangsa, warna kulit, hartanya dan lain-lain). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya”. (Surah Al-Hujuraat: 13)

By: Nur izzah syakirah bt mat zaib
       01dka17f1005

No comments:

Post a Comment