Tuesday 1 October 2019

Isu 13 Mei 1969

Assalammualaikum pada pembaca setia blog Ainul Mardhiah serta yang baru melawat blog kami ini🤗 Hari ini kita membincang kan kejadian yang pernah berlaku di Malaysia iaitu peristiwa 13 Mei 1969.



         Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3 rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.
     Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan.
Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.
         Bagi masyarakat Cina yang terdiri dari golongan yang kaya, bersiap sedia untuk mengambil Tanah Melayu kerana beranggapan bahawa merekalah yang banyak memberikan sumbangan terhadap kemajuan Tanah Melayu, bukannya orang Melayu sendiri. Orang India pula tidak terlibat dengan tragedi tersebut. Hal ini tidak dinafikan kerana pada ketika itu, orang Melayu masih lagi dengan 'kampung dan bercucuk tanam', dan dilemahkan dengan dunia hiburan.

Topik yang dibincangkan hari ini, kita dapat lihat dimana banyak masalah akan timbul ekoran tidak wujudnya persepakatan padu di antara kaum.



By : NURUL NABILAH BT MD ZAINUN  (01DKA17F1122)


No comments:

Post a Comment