Sunday 28 July 2019

Isu perkauman dalam filem

Assalammualaikum, wahai pembaca blog ainul mardhiah. Hari ini kami ingin berkongsi isu perkauman yang terdapat dalam filem di Malaysia. 🥰


Filem 'Ola Bola' arahan Chiu Keng Guan, bukan sekadar filem, tapi ia dilihat berjaya mencetuskan satu fenomena untuk mengukuhkan lagi perpaduan kaum di Malaysia.

Mengangkat tema kesukanan, setiakawan dan kerjasama, filem 'Ola Bola' itu berlatarbelakangkan kehidupan sebenar masyarakat Malaysia pada era 70-an dan 80-an.
Bagaimanapun dalam filem berkenaan ketika separuh masa perlawanan, pasukan kebangsaan dikejutkan dengan berita Malaysia memboikot temasya Sukan Olimpik 1980 kerana tidak bersetuju dengan serangan Moscow ke atas Afghanistan, sekali gus membuatkan usaha mereka selama ini ibarat sia-sia.
Namun pemain negara tetap bersemangat berjuang sekalipun mereka sedar kemenangan itu tidak akan membawa mereka ke Moscow.
"Kita menang sama-sama, kita kalah pun sama-sama," dialog penyerang Ahmad Ali watak penyerang yang dilakonkan Luqman Hafidz kepada rakan sepasukannya.
'Ola Bola' juga bermain dengan perasaan penonton apabila isu konflik dalam keluarga dibangkitkan. Ini dapat dilihat ketika beberapa watak menghadapi tentangan daripada keluarga masing-masing kerana menganggap karier sebagai pemain bola sepak tidak akan menjamin masa depan.
Rangkuman aspek-aspek yang ditonjolkan dalam filem ini termasuklah perbezaan bahasa, agama, budaya dan kelas sosial membuatkan filem unik ini berjaya mencetuskan minat hampir semua yang memanggil diri mereka rakyat Malaysia.
By : Nurul Nabilah Bt Md Zainun (01DKA17F1122)

1 comment: