Sunday 6 October 2019

Kita semua adalah rakyat Malaysia

Hai!🙌🏻Assalammualaikum🤝🏻 Apa khabar? Ok hari ini kita mengulas lagi perihal perkauman di Malaysia yang menjadi topik hangat dan terpenting.


Berlakunya beberapa isu sentimen perkauman, misalnya isu pengenalan tulisan jawi dan khat di sekolah vernakular sejak kebelakangan ini, perasaan kita telah begitu mudah terusik sehingga mencetuskan perasaan tidak tenteram oleh semua kaum.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Dr Md Farid Md Rafik telah mengulas bahawa, kerajaan sememangnya tidak mahu rakyat terbabit dalam sebarang persengketaan isu-isu perkauman sehingga menjejaskan perpaduan dan memecahbelahkan masyarakat.Beliau berkata, dalam isu pengenalan tulisan jawi dan khat di sekolah vernakular, adalah tidak salah bagi masyarakat Cina memberikan pandangan kerana adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menuntut hak yang sepatutnya.

“Tanggungjawab kerajaan adalah cuba memberikan penjelasan kepada rakyat agar segala isu membabitkan perkauman dapat dirungkai. Kerajaan akan sedaya upaya berkomunikasi dengan semua pihak yang terbabit dan menyalurkan maklumat rasmi kerajaan kepada rakyat bagi menyelesaikan semua perselisihan faham.
“Walaupun kita berbeza dari segi kaum, warna kulit, kebudayaan dan bahasa, tetapi anggota dan organ dalam badan kita adalah sama. Janganlah kerana mempunyai pendirian yang berbeza, kita sanggup lupa kita adalah rakyat Malaysia,” kata Md Farid yang merupakan seorang doktor perubatan.
Beliau berkata, dalam kehidupan masyarakat yang majmuk ini, isu-isu yang sentiasa mewujudkan perasaan ketidaktenteraman dan ketegangan antara kaum adalah berkaitan dengan agama, bahasa, dan kebudayaan.
Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menitik beratkan perpaduan yang sudah lama terjalin. Kita perlulah memahami dan mengetahui yang telah tetakluk dalam Rukun Negara sebagai pendorong kita dan dapat membentuk sikap menghormati orang lain.

By: NURUL NABILAH BT MD ZAINUN (01DKA17F1122)

No comments:

Post a Comment