Wednesday, 28 August 2019

Sukan mampu satukan masyarakat - Syed Saddiq



Assalammualaikum kepada pembaca blog kamiπŸ€— Hari ini, kami ingin mengulas tentang sukan yang dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat yang diulas oleh Menteri Belia dan Sukan. Kita dapat lihat apakah kebaikan yang dicapai dengan adanya sesuatu aktiviti dilaksanakan. Kami berharap agar isi-isi yang dipaparkan dapat memberi pengetahuan yang lebih lanjut dan bermanfaat.


Sukan mampu satukan masyarakat - Syed Saddiq




IPOH: Sukan bukan hanya untuk tontonan dan hiburan tetapi ia juga adalah ejen perpaduan dalam menyatukan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sukan perlu dimartabatkan oleh semua pihak sekali gus merapatkan hubungan sesama kaum.
“Apabila sukan dapat menyatukan rakyat, kita akan dapat menghapuskan tembok politik perkauman dan agama. Sukan bukan sahaja untuk kita lihat dan nikmati, tetapi jauh lebih besar kerana sukan adalah ejen perpaduan yang akan menyatukan kita dan rakyat Malaysia perlu bangga dengan negara ini dan bangga dengan Jalur Gemilang.
“Pastikan Malaysia boleh,” katanya dalam ucapan perasmian Sukan Malaysia Ke-19 (SUKMA XIX) Perak 2018 di Stadium Perak, di sini malam tadi.
Sementara itu, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dalam ucapannya pula berkata, sebagai tuan rumah kepada acara sukan terbesar negara, pihaknya berbesar hati meraikan kehadiran hampir 12,000 atlet dan pegawai daripada semua kontinjen.
“Kerajaan negeri menaruh setinggi harapan agar temasya SUKMA ke-19 ini akan menjadi pentas mencungkil bakat baharu negara untuk menyambung obor perjuangan atlet senior di peringkat antarabangsa.
“Saya juga senada dengan harapan Menteri Belia dan Sukan yang mahu melihat SUKMA 2018 Perak ini meneruskan tradisi melahirkan tokoh sukan dan berharap agar ada di kalangan bintang-bintang muda menyinar sehingga ke peringkat Olimpik dan kejohanan dunia suatu hari nanti,” katanya.
Tirai temasya dwi-tahunan dibuka secara rasmi dengan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan majlis perasmian dan menyalakan obor kejohanan.

Sumber : Berita Harian


By:  NURUL NABILAH BT MD ZAINUN  (01DKA17F1122)

Wednesday, 21 August 2019

Akaun palsu di media sosial cetus isu perkauman

Hai dan assalamualaikum kepada semua pembaca blog pada hari ini moga semua dimurahkan rezeki dan sihat selalu πŸ’–πŸ’–.Pada hari ini kita dapat lihat negara kita bergolak dengan isu perkauman yang tidak berkesudahan.Saya akan berkongsi sedikit info atau berita daripada keratan akhbar mengenai isu perkauman yang berlaku di negara kita.

PUTRAJAYA: Isu perkauman di media sosial semakin berleluasa namun ia dilakukan oleh individu yang menyalahgunakan medium itu dengan mencipta akaun palsu bagi mencetuskan perbalahan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Senator P Waytha Moorthy, berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) memandang serius isu perkauman yang dicetuskan oleh pihak tidak bertanggungjawab berkenaan
Justeru, katanya, segala tohmahan yang dilemparkan individu berkenaan di media sosial terhadap kaum lain akan dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Isu perkauman semakin berleluasa di media sosial namun ia dicetuskan oleh ‘individu tanpa wajah’. Dengan mengambil kesempatan terhadap kemajuan teknologi masa kini, mereka menjadikan medium berkenaan untuk menghamburkan kata-kata kurang menyenangkan terhadap kaum dan agama lain,” katanya.
Waytha Moorthy berkata demikian ketika ditemui pada sesi temu bual bersama beliau sempena setahun kerajaan PH, di sini, hari ini.
Beliau berkata, tindakan sesetengah ahli politik yang menjadikan isu perkauman sebagai modal politik mereka turut menjadi punca keretakan hubungan sesama kaum di negara ini.
“Di peringkat akar umbi sebenarnya masyarakat Malaysia bersatu padu... cuma masalah utamanya adalah isu yang dibangkitkan ahli politik sendiri untuk kepentingan politik mereka.
“Kebanyakan mereka bertahan kerana memainkan isu agama dan perkauman, namun Jabatan Perpaduan Negara sudah mempergiatkan lagi rancangan dan aktiviti di peringkat akar umbi bagi mempromosikan perpaduan di negara,” katanya.

πŸ‘†Di atas itu adalah keratan akhbar Berita Harian yang mana masyarakat menggunakan media sosial seperti Facebook,Whatsapp dan Instagram untuk memulakan pergaduhan antara kaum.Masyarakat pada masa kini salah menggunakan media sosial untuk memulakan pergaduhan antara kaum.Sudah banyak isu perkauman yang berlaku di negara kita seperti mengejek mengenai agama ataupun budaya kaum yang lain.
Marilah kita sama-sama menjadi masyarakat yang bijak menggunakan media sosial untuk mengeratkan silaturahim sesama kaum dan bukannya menjadikan media sosial sebagai tempat untuk pergaduh antara kaum.😊😊
Sekian dari saya,Assalamualaikum 😊

Nur Izzah Syakirah Bt Mat zaib (01DKA17F1005)

Thursday, 15 August 2019

Maksud Isu Perkauman

Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya. Dalam konteks Malaysia, isu-isu sensitif pula membawa erti isu-isu yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan hak-hak keistimewaan Melayu, status Bumiputera, kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sistem kuota dan perkara-perkara stereotype.
Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana ia akan membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan tidak berpuas hati. Isu-isu sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala dalam diam-diam hingga boleh membawa kepada kebakaran. Ini juga adalah salah satu sebab yang bakal membawa kepada insiden konflik atau pergaduhan antara kaum. Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif juga melibatkan perlakuan memperlekehkan dan merendah-rendahkan kaum lain serta mempertikaikan hak orang lain. Termasuk juga dalam ruang lingkup tafsiran isu perkauman dan isu sensitif ialah ucapan, perbuatan, perkataan, penerbitan atau sebarang cara yang boleh ditafsirkan sebagai kecenderungan menghasut (Akta Hasutan 1948).

Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif boleh menggugat perpaduan dan kesepakatan antara kaum, mewujudkan huru-hara dan ancaman ketenteraman awam, mencetuskan konflik dan perselisihan kaum dan konflik antara agama, mewujudkan suasana prejudis, prasangka, dan hubungan tidak baik antara kaum, menghilangkan semangat toleransi, menimbulkan suasana tidak aman serta mengurangkan persefahaman bangsa berbilang kaum. Kesemua elemen-elemen negatif ini akan mengganggu-gugat keharmonian hubungan antara kaum sehingga menjejaskan perpaduan, menghilangkan kesedaran tentang kepentingan hubungan antara kaum, merencatkan keselesaan rakyat pelbagai kaum agar dapat hidup dengan harmoni dan mengusutkan hubungan interaksi antara agama dan budaya.

Siti Nur Fazlin binti Badli Shah 01DKA17F1049

Saturday, 3 August 2019

31 OGOS 1957



Hi , assalamualaikum semua ,sudah tiba kita di bulan yang dinantikan ,iaitu bulan ogos . Bulan di mana kita meraikan hari kemerdekaan negara kita . 31 ogos 1957 , tarikh keramat apabila tanah melayu diisytiharkan bebas daripada jajahan orang luar . Kita dapat lihat setiap tahun hari kemerdekaan di sambut dengan meriah sekali.Kita dapat lihat betapa harmoni negara tercinta kita Malaysia ,apabila semua kaum dan etnik di Malaysia bersemangat menyambut Hari kemerdekaan . Kita dapat lihat semangat yang ditunjukkan oleh kaum di Malaysia ini dengan semua etnik dan kaum terlibat dalam acara -acara seperti perarakan kemerdekaan . Sebagai rakyat Malaysia ,pada hari kemerdekaan kita dapat lihat hubungan di anatara kaum di Malaysia itu sangat erat . Maka , saya berharap negara kita dapat sentiasa mengeratkan hubungan di antara kaum supaya negara kita akan dapat maju dan berkembang pesat . 


( keratan akhbar sambutan hari kemerdekaan /)
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/08/468349/sambutan-hari-kebangsaan-peringkat-negeri-meriah
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/08/317826/memerdekakan-dataran-merdeka


Hani Atirah (01DKA17F1183)