PUTRAJAYA: Isu perkauman di media sosial semakin berleluasa namun ia dilakukan oleh individu yang menyalahgunakan medium itu dengan mencipta akaun palsu bagi mencetuskan perbalahan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Senator P Waytha Moorthy, berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) memandang serius isu perkauman yang dicetuskan oleh pihak tidak bertanggungjawab berkenaan
Justeru, katanya, segala tohmahan yang dilemparkan individu berkenaan di media sosial terhadap kaum lain akan dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Isu perkauman semakin berleluasa di media sosial namun ia dicetuskan oleh ‘individu tanpa wajah’. Dengan mengambil kesempatan terhadap kemajuan teknologi masa kini, mereka menjadikan medium berkenaan untuk menghamburkan kata-kata kurang menyenangkan terhadap kaum dan agama lain,” katanya.
Waytha Moorthy berkata demikian ketika ditemui pada sesi temu bual bersama beliau sempena setahun kerajaan PH, di sini, hari ini.
Beliau berkata, tindakan sesetengah ahli politik yang menjadikan isu perkauman sebagai modal politik mereka turut menjadi punca keretakan hubungan sesama kaum di negara ini.
“Di peringkat akar umbi sebenarnya masyarakat Malaysia bersatu padu... cuma masalah utamanya adalah isu yang dibangkitkan ahli politik sendiri untuk kepentingan politik mereka.
“Kebanyakan mereka bertahan kerana memainkan isu agama dan perkauman, namun Jabatan Perpaduan Negara sudah mempergiatkan lagi rancangan dan aktiviti di peringkat akar umbi bagi mempromosikan perpaduan di negara,” katanya.
πDi atas itu adalah keratan akhbar Berita Harian yang mana masyarakat menggunakan media sosial seperti Facebook,Whatsapp dan Instagram untuk memulakan pergaduhan antara kaum.Masyarakat pada masa kini salah menggunakan media sosial untuk memulakan pergaduhan antara kaum.Sudah banyak isu perkauman yang berlaku di negara kita seperti mengejek mengenai agama ataupun budaya kaum yang lain.
Marilah kita sama-sama menjadi masyarakat yang bijak menggunakan media sosial untuk mengeratkan silaturahim sesama kaum dan bukannya menjadikan media sosial sebagai tempat untuk pergaduh antara kaum.ππ
Sekian dari saya,Assalamualaikum π
Nur Izzah Syakirah Bt Mat zaib (01DKA17F1005)
No comments:
Post a Comment