Assalammualaikum kepada pembaca blog kami🤗 Hari ini, kami ingin mengulas tentang sukan yang dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat yang diulas oleh Menteri Belia dan Sukan. Kita dapat lihat apakah kebaikan yang dicapai dengan adanya sesuatu aktiviti dilaksanakan. Kami berharap agar isi-isi yang dipaparkan dapat memberi pengetahuan yang lebih lanjut dan bermanfaat.
Sukan mampu satukan masyarakat - Syed Saddiq
IPOH: Sukan bukan hanya untuk tontonan dan hiburan tetapi ia juga adalah ejen perpaduan dalam menyatukan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sukan perlu dimartabatkan oleh semua pihak sekali gus merapatkan hubungan sesama kaum.
“Apabila sukan dapat menyatukan rakyat, kita akan dapat menghapuskan tembok politik perkauman dan agama. Sukan bukan sahaja untuk kita lihat dan nikmati, tetapi jauh lebih besar kerana sukan adalah ejen perpaduan yang akan menyatukan kita dan rakyat Malaysia perlu bangga dengan negara ini dan bangga dengan Jalur Gemilang.
“Pastikan Malaysia boleh,” katanya dalam ucapan perasmian Sukan Malaysia Ke-19 (SUKMA XIX) Perak 2018 di Stadium Perak, di sini malam tadi.
Sementara itu, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dalam ucapannya pula berkata, sebagai tuan rumah kepada acara sukan terbesar negara, pihaknya berbesar hati meraikan kehadiran hampir 12,000 atlet dan pegawai daripada semua kontinjen.
“Kerajaan negeri menaruh setinggi harapan agar temasya SUKMA ke-19 ini akan menjadi pentas mencungkil bakat baharu negara untuk menyambung obor perjuangan atlet senior di peringkat antarabangsa.
“Saya juga senada dengan harapan Menteri Belia dan Sukan yang mahu melihat SUKMA 2018 Perak ini meneruskan tradisi melahirkan tokoh sukan dan berharap agar ada di kalangan bintang-bintang muda menyinar sehingga ke peringkat Olimpik dan kejohanan dunia suatu hari nanti,” katanya.
Tirai temasya dwi-tahunan dibuka secara rasmi dengan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan majlis perasmian dan menyalakan obor kejohanan.
Sumber : Berita Harian
By: NURUL NABILAH BT MD ZAINUN (01DKA17F1122)
Awesome information...😋👌
ReplyDelete