Tuesday 1 October 2019

PERKAUMAN DALAM POLITIK MALAYSIA

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog Ainul mardhiah,moga sihat selalu, dimurahkan rezeki dan panjang umur ❤❤.

Pada hari ini kami ingin berkongsikan atau membincangkan mengenai perkauman dalam politik di Malaysia.Kita dapat lihat banyak parti-parti politik yang mana berbentuk perkauman seperti DAP,PKR dan PAS.

 Politik perkauman bermaksud politik yang berunsurkan memperjuangkan sesuatu etnik atau kepentingan sesuatu kaum sahaja.Politik perkauman adalah bersifat racist kerana parti politik yang memperjuangkan idelogi ini terlalu melebihkan sesuatu kaum daripada kaum lain. Perkongsian kuasa hanyalah sekadar nama dan jenama yang sudah lama tidak dipraktikkan. Realiti politik di Malaysia pula sememangnya amat sukar untuk elak daripada isu dan politik perkauman.Di Malaysia amnya parti yang telah lama mendominasi kerajaan iaitu Barisan Nasional semakin hilang populariti bukan kerana ideologi mereka tidak dapat diterima oleh masyarakat tetapi hakikatnya idelogi mereka telah dirosakkan oleh mereka sendiri.Ideologi dan prinsip asal politik perkauman adalah perkongsian kuasa yang adil dan seimbang. Namun begitu,apabila masyarakat sendiri melihat perkongsian ini sudah tidak lagi seperti idea penubuhan asas apabila hanya kaum tertentu yang jauh lebih daripada kaum-kaum lain dalam gabungan ini maka idelogi asas mereka sudah dicacatkan.

Keadaan ini menyebabkan masyarakat zaman moden melihat politik perkauman adalah satu politik tanpa ideologi. Mereka adalah generasi baharu yang melihat situasi terkini dan tidak mampu untuk merasai idea penubuhan asas yang dicetuskan sejak zaman nenek moyang mereka.Hakikat ini tidak sahaja berlaku kepada parti Barisan Nasional,malahan turut berlaku kepada parti-parti yang ada di Malaysia.Sebagai contoh,Parti tindakan demokratik(DAP) walaupun perjuangan parti ini tidak berasaskan kaum,namun parti ini didominasi oleh kaum cina dan masih memperjuangkan hak orang cina.Ini jelas menunjukkan bahawa parti ini masih mengutamakan kepentingan sesuatu kaum.

Untuk lebih banyak artikel atau perbincangan mengenai perkauman boleh layari di link yang kami sediakan.

http://kakiwriter96.blogspot.com/?m=1

Perbincangan kami disini bukanlah untuk menyemarakkan api di kalangan kaum, tetapi hanyalah perbincangan atau kesimpulan yang dapat dilihat dari parti-parti yang wujud di Malaysia ini.

Sekian,itu sahaja perbincangan atau perkonfsian ilmu yang kami dapat berkongsi.


Nur izzah syakirah bt mat zaib (01dka17f1005)


No comments:

Post a Comment