Tuesday 15 October 2019

Adat Perkahwinan Perkauman di Malaysia

1.0 Pengenalan

Perkahwinan bermaksud perjanjian yang disetujui antara dua manusia lain jantina yang diiktiraf pihak berkuasa dari segi undang-undang mahupun agama yang dianuti. Di Malaysia, kita mempunyai tiga kaum yang berbeza adat  resam perkahwinan mereka. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai adat yang berbeza-beza dalam upacara perkahwinan mereka. Oleh itu, kajian ini membincangkan antara-antara perbezaaan adat yang diamalkan oleh setiap kaum yang ada di Malaysia.

1.1 Objektif Kajian

Antara objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti perbezaan adat resam perkahwinan pelbagai kaum dan pandangan pelbagai lapisan masyarakat terhadap adat resam perkahwinan pelbagai kaum. Objektif kajian seterusnya adalah mengkaji pendapat masyarakat kini mengenai kewajaran mengamalkan adat perkahwinan yang diwarisi secara turun-temurun di samping mengenal pasti kebaikan atau keburukan pengamalan adat resam perkahwinan terhadap individu dan masyarakat.


2.0 Sorotan Kajian

2.1 Perkahwinan  

Menurut Ustazah Maznah Daud (2016) dalam majalah Anis, beliau mengatakan bahawa anak perempuan adalah tanggungjawab dan amanah bagi ibu dan ayah selagi mana belum berkahwin. Melalui pernikahan amanah itu bertukar tangan kepada suami. Jadi, permudahkanlah urusan calon suami dengan menetapkan pendirian sebelum berkahwin. Mengadakan majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah saw kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya.

Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam perkahwinan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.­

Masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu.

2.2 Peminangan dan Majlis Perkahwinan

Lamaran atau pertunangan disyariatkan oleh Islam. Bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga adalah digalakkan supaya mereka bertunang terlebih dahulu. Peminangan atau lamaran boleh dilakukan oleh calon suami atau wakilnya atau oleh calon isteri atau wakilnya. Pinangan boleh dilakukan kepada semua wanita melainkan mereka yang diharamkan. Menurut buku Perkahwinan oleh Sulaiman Endut (2009), wanita yang diharamkan untuk meminang iaitu tunangan orang, wanita yang kematian isteri dan wanita yang sedang beridah. Perkahwinan adalah suatu ibadat. Justeru itu, perkahwinan mestilah mengikut hokum dan syarat seperti yang telah ditetapkan oleh syarak. Syarat-syarat bagi perkahwinan mengikut syarak dikenali sebagai Rukun Nikah. Walimah ursyi iaitu kenduri kahwin adalah satu tuntutan syariah. Walimah itu adalah jamuan agama, bukannya suatu upacara adat atau budaya semata-mata malah jamuan itu adalah tuntutan agama.

Bagi masyarakat kaum Cina, hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan, sekiranya terdapat kematian dalam kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing.  Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri.

Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki.

Di Malaysia, majlis perkahwinan masyarakat India dijalankan oleh pedanda. Pedanda memulakan upacara perkahwinan dengan sembahyang memohon restu kepada Tuhan supaya perkahwinan berjalan lancar tanpa apa-apa halangan. Dulang berisi atchatai dibawa kepada hadirin. Atchatai ialah beras yang dicampur kunyit serta bunga yang ditaburkan diatasnya.

Beras ini digunakan untuk merestui pengantin sewaktu upacara mengikat thaali berlangsung. Pedanda akan menyerahkan thaali kepada pengantin lelaki. Sebaik sahaja diarahkan oleh pedanda, pengantin lelaki akan mengikat thaali pada leher pengantin perempuan. Thaali hendaklah menyentuh dada dan benang suci akan disimpul sebanyak tiga kali.

Sewaktu upacara ini berlangsung, atchatai akan ditaburkan ke atas pengantin sebagai tanda restu. Seterusnya pengantin akan bertukar kalungan bunga yang dipakai sebanyak tiga kali. Selepas itu pengantin lelaki akan memegang tangan pengantin perempuan dan mengelilingi api sebanyak tiga kali.


3.0 Metodologi Kajian

Dua puluh lima borang soal selidik telah diedarkan kepada responden. Melalui soal selidik ini dapat diketahui sejauh mana pendapat dan pengetahuan mereka mengenai adat perkawinan. Seterusnya, melakukan kajian melalui perbualan dengan rakyat setempat. Sesi temu bual dengan masyarakat setempat telah dijalankan khususnya mengenai adat perkahwinan kaum Melayu.


4.0 Hasil Kajian

Melalui soal selidik yang telah dijalankan, dalam keseluruhan dua puluh lima responden yang terdiri daripada tujuh orang lelaki dan lapan belas golongan wanita, ramai yang berpendapat bahawa umur yang bersesuai untuk berkahwin adalah dua puluh lima tahun kerana umur tersebut tidaklah terlalu muda atau terlalu tua. Mereka turut mempunyai perspektif bahawa golongan yang berumur dalam linkungan dua puluh lima tahun ialah individu yang berfikiran matang.

Terdapat dua puluh responden yang pilih untuk berkahwin mengikut adat atau tradisi perkahwinan turun-temurun seperti adat merisik, bertunang, meminang, akad nikah, bersanding, makna beradab, malam berinai, tepung-tawar serta mandi bunga. Ada juga responden yang menegaskan bahawa mereka akan berkahwin mengikut adat perkahwinan turun-temurun dengan syarat sesuatu adat tersebut tidak melanggar ajaran atau syariat Islam. Ramai yang memilih untuk berkahwin mengikut adat perkahwinan turun-temurun kerana adat ini merupakan tradisi yang telah lama diamalkan oleh keluarga di samping dapat mengekalkan tradisi turun-temurun ini.

Selain itu, kesemua dua puluh lima responden memilih untuk menjemput kenalan mereka yang berlainan kaum dan bangsa ke majlis perkahwinan mereka. Hal ini adalah sebab tindakan tersebut dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum selain memupuk semangat perpaduan. Di samping itu, ada juga responden yang berpendapat bahawa tindakan mempelawa kenalan berlainan kaum ke majlis perkahwinan turut membolehkan seseorang untuk memperkenalkan adat bangsa sendiri kepada bangsa lain.

Ramai responden yang berpendapat bahawa adat perkahwinan turun-temurun mempunyai lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Antara kebaikannya adalah dapat mengekalkan tradisi dan keunikan adat perkahwinan yang telah diwarisi sejak turun-temurun ini. Seterusnya, pengekalan dan pengamalan adat perkahwinan ini turut melambangkan identiti sesebuah kaum serta sebagai satu usaha untuk memastikan generasi akan dating dapat mengetahui dan seterusnya mengamalkan adat perkahwinan ini.

Mengikut pandangan sesetengah responden, keburukan berkahwin mengikut adat adalah kos perkahwinan. Contohnya adalah  membebankan pihak lelaki untuk memenuhi permintaan mas kahwin yang terlalu tinggi. Ada juga yang berpendapat bahawa pengamalan adat perkahwinan turun-temurun seolah-olah menyekat kebebasan generasi kini yang mempunyai fikiran dan pandangan sendiri. Akhir sekali, terdapat responden yang menyuarakan pendapat bahawa sesetengah adat perkahwinan ini adalah bertentangan dengan ajaran dan agama Islam.


5.0 Kesimpulan

Perkahwinan merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan terbesar dalam kehidupan seseorang individu. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi sebuah kekeluargaan dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Melalui kajian ini, kita dapat mengenal pasti perbezaan adat resam perkahwinan dalam kaum Melayu. Kadang kala, berlakunya kekeliruan berkenan adat kaum Melayu yang dapat mencetuskan perbalahan antara ahli keluarga yang ingin mengadakan majlis perkahwinan. Seterusnya, dapat mengenal pasti pandangan pelbagai lapisan masyarakat terhadap adat resam perkahwinan dalam kaum Melayu. Selain itu, boleh mengkaji pendapat masyarakat kini mengenai kewajaran mengamalkan adat perkahwinan yang diwarisi secara turun temurun. Kemudian, dapat mengenal pasti kebaikan dan keburukan adat resam perkahwinan terhadap individu dan masyrakat.

Sunday 13 October 2019

KEPELBAGAIAN PERAYAAN DI MALAYSIA



Hi , assalamualaikum kawan -kawan . Harini kita nak berkongsi tentang keunikan budaya yang ada di Malaysia . Seperti yang kita tahu , negara kita Malaysia mempunyai berbilang kaum - melayu , cina , india , kadazan dll . Setiap kaum terdiri di Malaysia ini mempunyai adat serta budaya yang berbeza , walaubagaimanpun ada sesetengah adat kita hampir sama. Di malaysia kita  menikmati pelbagai cuti umum dan perayaan sepanjang tahun,tidak kira di peringkat kebangsaan dan negeri. Perayaan ini disambut segolongan etnik atau kumpulan agama tertentu, tetapi tidak ditetapkan sebagai cuti umum.  


Seperti yang kita tahu , Perayaan penganut Islam juga paling kerap disambut di Malaysia, dengan yang utama merupakan Hari Raya Puasa yang juga disambut umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya Ramadan, atau bulan puasa. Umat Islam di Malaysia turut meraikan Hari Raya Haji, Awal Muharram serta Maulidur Rasul.Selain itu,  kaum Cina di Malaysia tentu juga meraikan perayaan yang turut disambut masyarakat Cina di seluruh dunia. Tahun Baharu Cina disambut meriah dan berlarutan selama 15 hari. Manakala , masyarakat Hindu pula merayakan Deepavali, atau pesta cahaya manakala Thaipusam pula disambut penganut Hindu di seluruh negara dengan berkunjung ke Batu Caves. 


Wesak yang merupakan hari kelahiran Buddha juga merupakan hari cuti umum. Komuniti Kristian di Malaysia pula menyambut perayaan yang diraikan penganut agama Kristian di seluruh dunia, terutamanya Krismas dan Easter. Namun , hari Good Friday yang disambut oleh penganut kristian hanya diisytiharkan cuti umum di Sabah and Sarawak. Hari Gawai di Sarawak serta Kaamatan di Sabah juga merupakan perayaan yang penting bagi penduduk di kedua-dua negeri Malaysia Timur ini.

Dari maklumat diatas kita boleh simpulkan , bahawa negara kita ini adalah unik . Keunikan itu datang sendiri daripada isi dalamnya iaitu rakyatnya sendiri . Kita lihat kerhamonian dimana perayaan kaum lain dihormati oleh kaum berlainan. Indahnya negara kita Malaysia.Oleh itu , sentiasalah kita menjaga keharmonian antara kaum kerana hubungan diantara kaum itu ada kekuatan untuk negara yang maju.

credits: https://www.3ecpa.com.my/sumber-maklumat/pelbagai-topik/budaya-di-malaysia/?lang=ms


HANI ATIRAH BINTI NORAZMAN ( 01DKA17F1183)

Thursday 10 October 2019

KESAN-KESAN NEGATIF ISU PERKAUMAN DI MALAYSIA

Hai dan assalamualaikum kepada pembaca blog, moga anda dilimpahi rezeki ❤❤.Pada hari ini kami akan berkongsi mengenai kesan-kesan negatif perkauman di Malaysia. isu negatif perkauman dapat merosakkan perpaduan oleh itu kita sebagai rakyat malaysia haruslah bersatu dan mengelakkan berlakunya isu negatif perkauman seperti rasis dan sebagainya.

Dari segi kesan terhadap sosial, dimana kita dapat lihat bahawa wujudnya salah faham dan buruk pandangan terhadap kaum-kaum lain kerana wujudnya sikap perkauman. Sikap perkauman ini akan membecah-belahkan kaum bukan sahaja memberi kesan dalam jangka masa yang pendek namun turut memberi kesan dalam jangka masa yang panjang. Kesan dalam jangka masa yang masa yang pendek, contohnya sekiranya orang melayu tidak diberi peluang pekerjaan di kebanyakkan perniagaan yang dipunyai oleh masyarakat Cina. Ini akan mewujudkan pandangan yang serong dan rasa tidak puas hati. Dalam jangka panjang pula, perasaan ini akan menjadi teruk dan lebih mendalam dan mungkin akan membawa kepada rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969,dan ini akan membawa keancaman kepada struktur sosial di Malaysia dan rakyat tidak akan dapat hidup aman lagi.
Ekoran daripada keruntuhan struktur sosial di Malaysia ataupun perpecahan kaum di Malaysia mungkin akan menyebabkan aktiviti ekonomi tidak dapat berjalan dengan lancar dan juga mungkin berhenti dengan serta-merta. Hal ini akan mengakibatkan Negara mengalami kerugian atau defisit dimana perbelanjaan melebihi pendapatan. Antara sebabnya, apabila berlaku rusuhan kaum, kerajaan terpaksa membelanjakan banyak duit untuk mengamankan Negara dan pada masa yang sama pendapatan Negara akan berkurang disebabkan ekonomi terbantut. Selain daripada itu, pelabur-pelabur juga akan menghentikan pelaburan mereka di Malaysia kerana risau mengalami kerugian dan pelabur luar negara ingin melabur di Malaysia juga akan membatalkan hasrat mereka. Mata wang Malaysia juga akan jatuh teruk dimana apabila berlakunya ketidaktenteraman di Malaysia, ramai akan meninggalkan Negara Malaysia untuk mencari tempat yang lebih selamat dan ini akan mengakibatkan duit ringgit Malaysia keluar dengan banyaknya dari Malaysia.

Seperti yang telah dicatatkan dalam sejarah Malaysia Tunku Abdul Rahman ,Tun V.T Sambanthan dan ahli politik kaum yang lain mendapatkan kebebasan Negara dengan membuktikan kepada kerajaan British yang rakyat di Tanah Melayu mampu bersatu padu di bawah satu pentadbiran maka atas sebab inilah kita diberi kemerdekaan dan atas sebab itu jugalah Negara kita dipandang tinggi kerana mampu bergerak walaupun rakyatnya terdiri daripada banyak kaum.Jikalau rusuhan kaum berlaku lagi, ini akan mencemarkan nama baik Negara dimana ia akan jelas menunjukkan Negara gagal dalam menyatupadukan penduduknya malah keadaan menjadi semakin teruk. Ini akan menconteng arang terhadap imej dan integriti Negara sebagai sebuah Negara yang berdaulat dan mengamalkan prinsip demokrasi.

http://kakiwriter96.blogspot.my/2016/01/kesan-dari-isu-perkauman-dalam-politik.html

By: Nur izzah syakirah bt Mat Zaib.     01dka17f1005

Sunday 6 October 2019

Kita semua adalah rakyat Malaysia

Hai!πŸ™ŒπŸ»Assalammualaikum🀝🏻 Apa khabar? Ok hari ini kita mengulas lagi perihal perkauman di Malaysia yang menjadi topik hangat dan terpenting.


Berlakunya beberapa isu sentimen perkauman, misalnya isu pengenalan tulisan jawi dan khat di sekolah vernakular sejak kebelakangan ini, perasaan kita telah begitu mudah terusik sehingga mencetuskan perasaan tidak tenteram oleh semua kaum.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Dr Md Farid Md Rafik telah mengulas bahawa, kerajaan sememangnya tidak mahu rakyat terbabit dalam sebarang persengketaan isu-isu perkauman sehingga menjejaskan perpaduan dan memecahbelahkan masyarakat.Beliau berkata, dalam isu pengenalan tulisan jawi dan khat di sekolah vernakular, adalah tidak salah bagi masyarakat Cina memberikan pandangan kerana adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menuntut hak yang sepatutnya.

“Tanggungjawab kerajaan adalah cuba memberikan penjelasan kepada rakyat agar segala isu membabitkan perkauman dapat dirungkai. Kerajaan akan sedaya upaya berkomunikasi dengan semua pihak yang terbabit dan menyalurkan maklumat rasmi kerajaan kepada rakyat bagi menyelesaikan semua perselisihan faham.
“Walaupun kita berbeza dari segi kaum, warna kulit, kebudayaan dan bahasa, tetapi anggota dan organ dalam badan kita adalah sama. Janganlah kerana mempunyai pendirian yang berbeza, kita sanggup lupa kita adalah rakyat Malaysia,” kata Md Farid yang merupakan seorang doktor perubatan.
Beliau berkata, dalam kehidupan masyarakat yang majmuk ini, isu-isu yang sentiasa mewujudkan perasaan ketidaktenteraman dan ketegangan antara kaum adalah berkaitan dengan agama, bahasa, dan kebudayaan.
Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menitik beratkan perpaduan yang sudah lama terjalin. Kita perlulah memahami dan mengetahui yang telah tetakluk dalam Rukun Negara sebagai pendorong kita dan dapat membentuk sikap menghormati orang lain.

By: NURUL NABILAH BT MD ZAINUN (01DKA17F1122)

Tuesday 1 October 2019

Isu 13 Mei 1969

Assalammualaikum pada pembaca setia blog Ainul Mardhiah serta yang baru melawat blog kami iniπŸ€— Hari ini kita membincang kan kejadian yang pernah berlaku di Malaysia iaitu peristiwa 13 Mei 1969.



         Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3 rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.
     Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan.
Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.
         Bagi masyarakat Cina yang terdiri dari golongan yang kaya, bersiap sedia untuk mengambil Tanah Melayu kerana beranggapan bahawa merekalah yang banyak memberikan sumbangan terhadap kemajuan Tanah Melayu, bukannya orang Melayu sendiri. Orang India pula tidak terlibat dengan tragedi tersebut. Hal ini tidak dinafikan kerana pada ketika itu, orang Melayu masih lagi dengan 'kampung dan bercucuk tanam', dan dilemahkan dengan dunia hiburan.

Topik yang dibincangkan hari ini, kita dapat lihat dimana banyak masalah akan timbul ekoran tidak wujudnya persepakatan padu di antara kaum.



By : NURUL NABILAH BT MD ZAINUN  (01DKA17F1122)


PERKAUMAN DALAM POLITIK MALAYSIA

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog Ainul mardhiah,moga sihat selalu, dimurahkan rezeki dan panjang umur ❤❤.

Pada hari ini kami ingin berkongsikan atau membincangkan mengenai perkauman dalam politik di Malaysia.Kita dapat lihat banyak parti-parti politik yang mana berbentuk perkauman seperti DAP,PKR dan PAS.

 Politik perkauman bermaksud politik yang berunsurkan memperjuangkan sesuatu etnik atau kepentingan sesuatu kaum sahaja.Politik perkauman adalah bersifat racist kerana parti politik yang memperjuangkan idelogi ini terlalu melebihkan sesuatu kaum daripada kaum lain. Perkongsian kuasa hanyalah sekadar nama dan jenama yang sudah lama tidak dipraktikkan. Realiti politik di Malaysia pula sememangnya amat sukar untuk elak daripada isu dan politik perkauman.Di Malaysia amnya parti yang telah lama mendominasi kerajaan iaitu Barisan Nasional semakin hilang populariti bukan kerana ideologi mereka tidak dapat diterima oleh masyarakat tetapi hakikatnya idelogi mereka telah dirosakkan oleh mereka sendiri.Ideologi dan prinsip asal politik perkauman adalah perkongsian kuasa yang adil dan seimbang. Namun begitu,apabila masyarakat sendiri melihat perkongsian ini sudah tidak lagi seperti idea penubuhan asas apabila hanya kaum tertentu yang jauh lebih daripada kaum-kaum lain dalam gabungan ini maka idelogi asas mereka sudah dicacatkan.

Keadaan ini menyebabkan masyarakat zaman moden melihat politik perkauman adalah satu politik tanpa ideologi. Mereka adalah generasi baharu yang melihat situasi terkini dan tidak mampu untuk merasai idea penubuhan asas yang dicetuskan sejak zaman nenek moyang mereka.Hakikat ini tidak sahaja berlaku kepada parti Barisan Nasional,malahan turut berlaku kepada parti-parti yang ada di Malaysia.Sebagai contoh,Parti tindakan demokratik(DAP) walaupun perjuangan parti ini tidak berasaskan kaum,namun parti ini didominasi oleh kaum cina dan masih memperjuangkan hak orang cina.Ini jelas menunjukkan bahawa parti ini masih mengutamakan kepentingan sesuatu kaum.

Untuk lebih banyak artikel atau perbincangan mengenai perkauman boleh layari di link yang kami sediakan.

http://kakiwriter96.blogspot.com/?m=1

Perbincangan kami disini bukanlah untuk menyemarakkan api di kalangan kaum, tetapi hanyalah perbincangan atau kesimpulan yang dapat dilihat dari parti-parti yang wujud di Malaysia ini.

Sekian,itu sahaja perbincangan atau perkonfsian ilmu yang kami dapat berkongsi.


Nur izzah syakirah bt mat zaib (01dka17f1005)


Langkah Memupuk Perpaduan Kaum di Malaysia

 MALAYSIA adalah sebuah negara membangun yang sedang menuju ke arah status negara maju dan dalam kita mencapai matlamat itu keamanan dan keharmonian tidak pernah sesekali dipinggirkan.

Sebaliknya kepelbagaian agama, etnik dan budaya terus menjadi teras kepada kekuatan Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju dalam tempoh beberapa tahun lagi. Hakikatnya, perpaduan jitu yang dibentuk oleh rakyat negara ini adalah asas kepada pengukuhan Malaysia sebagai sebuah negara aman dan harmoni.

Sungguhpun begitu, perpaduan yang jitu ini jika tidak diawasi dengan baik boleh menyebabkan negara berada dalam suasana genting dan huru hara memandangkan kedudukan kaum dan etnik yang pelbagai.


Justeru beberapa langkah perlu diambil dan dikekalkan dalam usaha memastikan rakyat di Malaysia ini terus bersatu padu. Antaranya memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu khususnya melalui sistem pendidikan sama ada di peringkat sekolah termasuk sekolah vernakular hingga ke peringkat pendidikan tinggi.

Menurut Perkara 152, Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu digunakan sebagai alat komunikasi yang penting untuk menyatu-padukan semua lapisan masyarakat. Oleh itu anak-anak kecil daripada pelbagai kaum perlu diajar menggunakan bahasa Melayu bagi membolehkan mereka berkomunikasi bersama rakan di sekolah dan seterusnya hingga ke peringkat universiti.

Selain itu, kepelbagaian agama, budaya dan adat resam sesuatu kaum haruslah dihormati dan dipelihara. Setiap individu berhak mengamalkan adat resam kaum masing-masing dengan harmoni. Contohnya, melalui cara mereka berpakaian, amalan beragama dan perayaan.

Sewajarnya sikap saling menghormati dan memahami budaya sesama kaum ini perlu dipertahankan demi kesinambungan perpaduan negara. Amalan ini bukan sahaja menggambarkan persefahaman malah meningkatkan lagi kemesraan sesama kaum.

Dalam pada itu amalan Rumah Terbuka 1Malaysia yang diadakan bagi meraikan satu-satu perayaan dilihat mampu memupuk perpaduan. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum akan saling berkenalan, bermesra dan merasai juadah enak yang disediakan.

Hal ini sudah pasti akan dapat mengeratkan hubungan sekali gus memupuk semangat perpaduan yang utuh. Selain itu amalan ziarah-menziarahi, tolong–menolong dan semangat kejiranan terutama dalam kalangan pelbagai kaum perlu dijadikan budaya kita.

Perpaduan kaum juga boleh dipupuk melalui amalan bersukan. Contoh terbaik ialah menjadikan minggu ke dua bulan Oktober setiap tahun sebagai hari aktiviti sukan di tempat tinggal kita seiring dengan penganjuran Hari Sukan Negara.

Akhir sekali perpaduan juga tidak akan memberi makna tanpa kestabilan politik. Oleh itu, setiap pemimpin negara harus menjaga kestabilan politik supaya keamanan rakyat tidak tergugat.

Melalui kestabilan politik rusuhan kaum dan perpecahan dapat dielakkan, pada masa sama akan mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi negara ini.

Sumber: www.utusan.com.my oleh ANIS FAUZIEANA 
ABDUL KARIM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)

BY: SITI NUR FAZLIN BINTI BADLI SHAH (01DKA17F1049)

Wednesday 11 September 2019

Sambutan hari kemerdekaan


Pada 31 ogos 2019 , yang lepas ni negara kita telah menyambut kemerdekaan yang ke-62 . sambutan kemerdekaan dia sambut meriah dengan perarakan . Acara sambutan kemerdekaan ini disambut dengan penglibatan daripada agensi-agensi kerjaan dan juga NGO . Daripada sambutan kemerdekaan ini , kita dapat lihat betapa semua kaum di malaysia sebenarnya bersemangat perpaduan . Hal ini dapat kita lihat pada hari kemerdekaan yang lepas sambutan kemerdekaan dia sambut meriah apabila semua kaum turun padang untuk menyambut acara kemerdekaan tahun ini yang di sambut di Putrajaya .Link di bawah , ada petikan berita atau artikel mengenai keadaan sambutan ambang kemerdekaan yang di Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ. 
Sumber : Awani

HANI ATIRAH BT NORAZMAN (01DKA17F1183)

Wednesday 28 August 2019

Sukan mampu satukan masyarakat - Syed Saddiq



Assalammualaikum kepada pembaca blog kamiπŸ€— Hari ini, kami ingin mengulas tentang sukan yang dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat yang diulas oleh Menteri Belia dan Sukan. Kita dapat lihat apakah kebaikan yang dicapai dengan adanya sesuatu aktiviti dilaksanakan. Kami berharap agar isi-isi yang dipaparkan dapat memberi pengetahuan yang lebih lanjut dan bermanfaat.


Sukan mampu satukan masyarakat - Syed Saddiq




IPOH: Sukan bukan hanya untuk tontonan dan hiburan tetapi ia juga adalah ejen perpaduan dalam menyatukan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sukan perlu dimartabatkan oleh semua pihak sekali gus merapatkan hubungan sesama kaum.
“Apabila sukan dapat menyatukan rakyat, kita akan dapat menghapuskan tembok politik perkauman dan agama. Sukan bukan sahaja untuk kita lihat dan nikmati, tetapi jauh lebih besar kerana sukan adalah ejen perpaduan yang akan menyatukan kita dan rakyat Malaysia perlu bangga dengan negara ini dan bangga dengan Jalur Gemilang.
“Pastikan Malaysia boleh,” katanya dalam ucapan perasmian Sukan Malaysia Ke-19 (SUKMA XIX) Perak 2018 di Stadium Perak, di sini malam tadi.
Sementara itu, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dalam ucapannya pula berkata, sebagai tuan rumah kepada acara sukan terbesar negara, pihaknya berbesar hati meraikan kehadiran hampir 12,000 atlet dan pegawai daripada semua kontinjen.
“Kerajaan negeri menaruh setinggi harapan agar temasya SUKMA ke-19 ini akan menjadi pentas mencungkil bakat baharu negara untuk menyambung obor perjuangan atlet senior di peringkat antarabangsa.
“Saya juga senada dengan harapan Menteri Belia dan Sukan yang mahu melihat SUKMA 2018 Perak ini meneruskan tradisi melahirkan tokoh sukan dan berharap agar ada di kalangan bintang-bintang muda menyinar sehingga ke peringkat Olimpik dan kejohanan dunia suatu hari nanti,” katanya.
Tirai temasya dwi-tahunan dibuka secara rasmi dengan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan majlis perasmian dan menyalakan obor kejohanan.

Sumber : Berita Harian


By:  NURUL NABILAH BT MD ZAINUN  (01DKA17F1122)

Wednesday 21 August 2019

Akaun palsu di media sosial cetus isu perkauman

Hai dan assalamualaikum kepada semua pembaca blog pada hari ini moga semua dimurahkan rezeki dan sihat selalu πŸ’–πŸ’–.Pada hari ini kita dapat lihat negara kita bergolak dengan isu perkauman yang tidak berkesudahan.Saya akan berkongsi sedikit info atau berita daripada keratan akhbar mengenai isu perkauman yang berlaku di negara kita.

PUTRAJAYA: Isu perkauman di media sosial semakin berleluasa namun ia dilakukan oleh individu yang menyalahgunakan medium itu dengan mencipta akaun palsu bagi mencetuskan perbalahan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Senator P Waytha Moorthy, berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) memandang serius isu perkauman yang dicetuskan oleh pihak tidak bertanggungjawab berkenaan
Justeru, katanya, segala tohmahan yang dilemparkan individu berkenaan di media sosial terhadap kaum lain akan dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Isu perkauman semakin berleluasa di media sosial namun ia dicetuskan oleh ‘individu tanpa wajah’. Dengan mengambil kesempatan terhadap kemajuan teknologi masa kini, mereka menjadikan medium berkenaan untuk menghamburkan kata-kata kurang menyenangkan terhadap kaum dan agama lain,” katanya.
Waytha Moorthy berkata demikian ketika ditemui pada sesi temu bual bersama beliau sempena setahun kerajaan PH, di sini, hari ini.
Beliau berkata, tindakan sesetengah ahli politik yang menjadikan isu perkauman sebagai modal politik mereka turut menjadi punca keretakan hubungan sesama kaum di negara ini.
“Di peringkat akar umbi sebenarnya masyarakat Malaysia bersatu padu... cuma masalah utamanya adalah isu yang dibangkitkan ahli politik sendiri untuk kepentingan politik mereka.
“Kebanyakan mereka bertahan kerana memainkan isu agama dan perkauman, namun Jabatan Perpaduan Negara sudah mempergiatkan lagi rancangan dan aktiviti di peringkat akar umbi bagi mempromosikan perpaduan di negara,” katanya.

πŸ‘†Di atas itu adalah keratan akhbar Berita Harian yang mana masyarakat menggunakan media sosial seperti Facebook,Whatsapp dan Instagram untuk memulakan pergaduhan antara kaum.Masyarakat pada masa kini salah menggunakan media sosial untuk memulakan pergaduhan antara kaum.Sudah banyak isu perkauman yang berlaku di negara kita seperti mengejek mengenai agama ataupun budaya kaum yang lain.
Marilah kita sama-sama menjadi masyarakat yang bijak menggunakan media sosial untuk mengeratkan silaturahim sesama kaum dan bukannya menjadikan media sosial sebagai tempat untuk pergaduh antara kaum.😊😊
Sekian dari saya,Assalamualaikum 😊

Nur Izzah Syakirah Bt Mat zaib (01DKA17F1005)

Thursday 15 August 2019

Maksud Isu Perkauman

Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya. Dalam konteks Malaysia, isu-isu sensitif pula membawa erti isu-isu yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan hak-hak keistimewaan Melayu, status Bumiputera, kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sistem kuota dan perkara-perkara stereotype.
Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana ia akan membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan tidak berpuas hati. Isu-isu sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala dalam diam-diam hingga boleh membawa kepada kebakaran. Ini juga adalah salah satu sebab yang bakal membawa kepada insiden konflik atau pergaduhan antara kaum. Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif juga melibatkan perlakuan memperlekehkan dan merendah-rendahkan kaum lain serta mempertikaikan hak orang lain. Termasuk juga dalam ruang lingkup tafsiran isu perkauman dan isu sensitif ialah ucapan, perbuatan, perkataan, penerbitan atau sebarang cara yang boleh ditafsirkan sebagai kecenderungan menghasut (Akta Hasutan 1948).

Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif boleh menggugat perpaduan dan kesepakatan antara kaum, mewujudkan huru-hara dan ancaman ketenteraman awam, mencetuskan konflik dan perselisihan kaum dan konflik antara agama, mewujudkan suasana prejudis, prasangka, dan hubungan tidak baik antara kaum, menghilangkan semangat toleransi, menimbulkan suasana tidak aman serta mengurangkan persefahaman bangsa berbilang kaum. Kesemua elemen-elemen negatif ini akan mengganggu-gugat keharmonian hubungan antara kaum sehingga menjejaskan perpaduan, menghilangkan kesedaran tentang kepentingan hubungan antara kaum, merencatkan keselesaan rakyat pelbagai kaum agar dapat hidup dengan harmoni dan mengusutkan hubungan interaksi antara agama dan budaya.

Siti Nur Fazlin binti Badli Shah 01DKA17F1049

Saturday 3 August 2019

31 OGOS 1957



Hi , assalamualaikum semua ,sudah tiba kita di bulan yang dinantikan ,iaitu bulan ogos . Bulan di mana kita meraikan hari kemerdekaan negara kita . 31 ogos 1957 , tarikh keramat apabila tanah melayu diisytiharkan bebas daripada jajahan orang luar . Kita dapat lihat setiap tahun hari kemerdekaan di sambut dengan meriah sekali.Kita dapat lihat betapa harmoni negara tercinta kita Malaysia ,apabila semua kaum dan etnik di Malaysia bersemangat menyambut Hari kemerdekaan . Kita dapat lihat semangat yang ditunjukkan oleh kaum di Malaysia ini dengan semua etnik dan kaum terlibat dalam acara -acara seperti perarakan kemerdekaan . Sebagai rakyat Malaysia ,pada hari kemerdekaan kita dapat lihat hubungan di anatara kaum di Malaysia itu sangat erat . Maka , saya berharap negara kita dapat sentiasa mengeratkan hubungan di antara kaum supaya negara kita akan dapat maju dan berkembang pesat . 


( keratan akhbar sambutan hari kemerdekaan /)
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/08/468349/sambutan-hari-kebangsaan-peringkat-negeri-meriah
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/08/317826/memerdekakan-dataran-merdeka


Hani Atirah (01DKA17F1183)




Sunday 28 July 2019

Isu perkauman dalam filem

Assalammualaikum, wahai pembaca blog ainul mardhiah. Hari ini kami ingin berkongsi isu perkauman yang terdapat dalam filem di Malaysia. πŸ₯°


Filem 'Ola Bola' arahan Chiu Keng Guan, bukan sekadar filem, tapi ia dilihat berjaya mencetuskan satu fenomena untuk mengukuhkan lagi perpaduan kaum di Malaysia.

Mengangkat tema kesukanan, setiakawan dan kerjasama, filem 'Ola Bola' itu berlatarbelakangkan kehidupan sebenar masyarakat Malaysia pada era 70-an dan 80-an.
Bagaimanapun dalam filem berkenaan ketika separuh masa perlawanan, pasukan kebangsaan dikejutkan dengan berita Malaysia memboikot temasya Sukan Olimpik 1980 kerana tidak bersetuju dengan serangan Moscow ke atas Afghanistan, sekali gus membuatkan usaha mereka selama ini ibarat sia-sia.
Namun pemain negara tetap bersemangat berjuang sekalipun mereka sedar kemenangan itu tidak akan membawa mereka ke Moscow.
"Kita menang sama-sama, kita kalah pun sama-sama," dialog penyerang Ahmad Ali watak penyerang yang dilakonkan Luqman Hafidz kepada rakan sepasukannya.
'Ola Bola' juga bermain dengan perasaan penonton apabila isu konflik dalam keluarga dibangkitkan. Ini dapat dilihat ketika beberapa watak menghadapi tentangan daripada keluarga masing-masing kerana menganggap karier sebagai pemain bola sepak tidak akan menjamin masa depan.
Rangkuman aspek-aspek yang ditonjolkan dalam filem ini termasuklah perbezaan bahasa, agama, budaya dan kelas sosial membuatkan filem unik ini berjaya mencetuskan minat hampir semua yang memanggil diri mereka rakyat Malaysia.
By : Nurul Nabilah Bt Md Zainun (01DKA17F1122)